Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Rabu, 30 Jun 2010

Arahan-arahan untuk Lisan

Arahan-arahan untuk Lisan:

  • Apabila diuji oleh guru,kamu harus fokus dan tidak boleh teragak-agak.

  • Kamu tidak boleh berhenti terlalu lama untuk memikir tentang apa yang akan kamu katakan.

  • Kamu harus menggunakan Bahasa Baku.

  • Kamu tidak boleh menggunakan Bahasa yang tidak sopan dan Bahasa Inggeris.
Markah-markah:
Band 1: 10 dan 9 markah

  • Berupaya menerangkan idea dan membuat interpretasi dengan baik
Band 2: 8 dan 7 markah

  • Berupaya menerangkan idea dan membuat interpretasi
Band 3: 6 dan 5 markah

  • Berupaya menerangkan idea dan membuat interpretasi apabila diransang
Band 4: 4 dan 3 markah

  • Berupaya menerangkan idea dan membuat interpretasi setelah beberapa kali dirangsang
Kawan-kawan faham sekarang?


(Catatan Nota: Dipetik dari nota-nota lisan yang diberikan oleh Cikgu Saedah)
Salam Manis,Nur Elena.

Selasa, 29 Jun 2010

Selamat Datang

Selamat Datang ke Blogger 2010 buat pelajar Sekolah Rendah Xishan.

Kami akan menggunakan Blogger sebagai alat bantuan media untuk berhubung dengan

pelajar bagi tahun ini.

Sebarang pertanyaan mengenai pelajaran Bahasa Melayu boleh dikemukakan di ruangan

Blogger ini.

Harap guna Bahasa Melayu yang sopan dan gramatis semasa mengutarakan pendapat.