Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Blogging

Syabas kepada Nadia, Amalia, Elena dan Aisyah.
Daripada 400 penyertaan, kami merupakan pemenang saguhati untuk sekolah rendah.

Khamis, 5 Ogos 2010


Inilah poster yang saya reka untuk bulan bahasa pada tahun ini.
Saya berharap murid-murid darjah enam tahun hadapan dapat mengikut jejak langkah saya dan rakan-rakan blogger tahun ini.

Salam Manis,
Nur Amalia

Rabu, 4 Ogos 2010

Hari Kebangsaan Singapura yang ke-45

Kita akan menyambut perayaan Hari Kebangsaan di sekolah pada 6 Ogos ini.
Apakah ucapan kawan-kawan untuk Singapura tahun ini? Sila kirimkan ulasan kawan-kawan di blog ini.

SELAMAT HARI LAHIR SINGAPURA! MERDEKA!!

Salam Manis,
Amalia

Penyampaian Hadiah Pertandingan Bahasa Melayu Kelompok N2


Cikgu Saedah dan Cikgu Reduan telah menemani pemenang-pemenang dan finalis Peraduan Piraminda, Peraduan Idola dan Peraduan Bercerita untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Rendah Chongfu pada hari ini. Gembira sungguh rakan-rakan kita ini. Syabas, atas usaha awak semua.


Guru-guru Kelompok N2 (Sekolah Rendah). Terima Kasih Cikgu!
Laporan daripada
Nadia