Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Rabu, 14 Julai 2010

Rumah Terbuka Di Xishan

Pada hari Sabtu yang lepas,Sekolah Rendah Xishan mengadakan Rumah Terbuka.

Kawan-kawan pergi tidak ?

Jika tidak,kami telah mengambil gambar pada hari itu.

Marilah lihat!

 

Pameran hasil kerja murid-murid dan guru-guru kami.



Terdapat banyak permainan bahasa  yang kami siapkan untuk pengunjung.

 

Antara permainan tersebut ialah Penjodoh Bilangan.
Kita harus menyangkutkan gambar-gambar yang tersedia dan cuba meletakkannya pada penjodoh bilangan yang sesuai.




Di kantin kami pula,guru-guru Melayu menyediakan makanan dan minuman Melayu untuk dicuba.
Mereka menyediakan roti jala dan teh tarik.

Setiap pengunjung/tetamu boleh cuba untuk membuat Teh Tarik!


Kami juga mempunyai sekumpulan penari-penari Melayu di Xishan.

 
Lihatlah penari-penari tarian Melayu yang ayu dan anggun!

 Inilah persembahan mereka.
Mereka pernah menyertai SYF dan memenangi Pingat Emas!
Syabas !
Murid-murid dan guru-guru telah bertungkus-lumus untuk merancang Rumah Terbuka ini.
Kawan-kawan boleh melungsuri leleman web Facebook : Xishan Malay Darjah Enam untuk melihat lebih banyak gambar .

Lelaman Web : http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=100000578576030&ref=ts

6 ulasan:

  1. Saya telah menghadiri Rumah Terbuka Xishan.Saya berasa amat gembira dengan usaha guru-guru di sekolah Xishan.Saya juga telah menyaksikan persembahan yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian melayu xishan.Pakaian mereka agak menarik dan tarian mereka juga sangat menghiburkan.Saya masih teringat apabila Cikgu Saedah membuat teh tarik di kantin.Ramai guru dan para tetamu telah menyaksikan adingan itu juga.Saya jug atelah membeli beberapa barang yang agak menarik.Saya rasa Setiap sekolah ,harus membuat rumah terbuka setiap tahun. :)

    BalasPadam
  2. Saya rasa aktiviti di rumah terbuka di xishan boleh dipertingkatkan dengan mengadakan lebih banayak aktiviti bagi darjah emapat,lima dan enam.

    BalasPadam
  3. Saya suka aktivi yang ada di rumah terbuka walaupun saya tidak dapat menghadiri Rumah Terbuka Xishan.Gambar-gambar ini menarik kerana saya suka dengan persembahan mereka!

    BalasPadam
  4. saya amat gembira apabila saya berada di rumah terbuka itu kerana terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yg telah dibuat.persembahan yang terdapat di sana juga telah menarik perhatian saya.

    BalasPadam
  5. Saya berasa seronok apabila pergi ke rumah terbuka sekolah saya.Ada beberapa aktivi yang telah berlaku di sana.Saya adalah satu penari yang menari untuk mempersembahkan untuk ramai orang yang pergi di sana.Saya harap ada lebih banyak aktivi untuk tahun hadapan.

    BalasPadam
  6. Saya berasa amat seronok apabila pergi ke rumah terbuka sekolah saya pada ketika itu. Terdapat beberapa aktiviti yang ada di sana. Pada pendapat saya, sekolah kami harus mengadakan rumah terbuka seperti itu pada tahun hadapan.

    BalasPadam