Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Khamis, 8 Julai 2010

Siapakah lebih penting?

1)Berikan sebab kenapa kamu merasa bahawa kawan itu penting di dalam hidup seharian kamu.

2)Adakah keluarga lebih penting daripada kawan kamu?Mengapa?(Berikan 2 sebab)


Salam Manis:Elena

9 ulasan:

  1. 1) saya rasa kawan itu penting dalam hidup seharian saya kerana saya akan berasa kesepian dan bosan tanpa kawan. saya juga akan tidak ada orang untuk berbual.

    2) untuk saya, keluarga lebih penting daripada kawan kerana mereka telah banyak bekorban untuk mambesarkan saya dan mereka adalah darah daging saya.
    Terima kasih. :)

    BalasPadam
  2. saya berasa bahawa kawan itu sangat penting kerana apabila kita dalam kesusahan kita boleh bekongsi dengan kawan kita.Tetapi kalau kawan dibandingkan dengan keluarga, keluarga kita yang paling penting di dalam dunia ini kerana mereka telah berusaha untuk membesarkan kita dan mereka telah pun berkorban untuk kita untuk menjaga kita.

    BalasPadam
  3. 1.Saya rasa kawan itu penting kerana jika saya meminta tolong dalam sesuatu kawan akan menolong saya.Kita akan berbual masalah bersama-sama kalau kita mahu pertolongan kawan kita.


    2.Ya,keluarga lebih penting sekali bagi saya daripada kawan saya kerana mereka yang bersusah payah untuk mencari rezeki untuk membesarkan saya.Mereka juga ibu bapa kandung saya yang telah melahirkan saya dengan sempurna.

    BalasPadam
  4. 1] Bagi saya kawan itu penting kerana saya dapat mengongsikan semua masalah saya dengan mereka seperti masalah sekolah , keluarga dan banyak-banyak lagi... Kawan saya juga selalu memberi saya nasihat yang baik-baik belaka.. Mereka pun sering memberi pertolongan kepada saya... Saya sudah menganggap kawan-kawan saya seperti keluarga saya.

    2] Ya , memang keluarga penting kerana tanpa mereka mungkin saya tidak akan berada di sini. Mereka juga bersusah-payah membesarkan saya dengan sempurna . Saya juga tidak akan dapat lupa jasa-jasa mereka . Tetapi kadang kala saya susah untuk menceritakan masalah saya pada mereka.

    Saya sayangkan kedua-dua kawan dan keluarga saya <3

    Nur Allysha
    6 Determination

    BalasPadam
  5. 1.Saya berasa bahawa kawan itu agak penting kerana saya dapat menceritakan masalah saya dan mereka akan membantu saya.Tanpa kawan,saya tidak akan berasa seronok saya akan berasa sunyi sahaja.Kawan karib saya selalu nasihatkan saya bahawa kita tidak boleh putus asa dengan cepat.

    2.Ia,keluarga saya lebih penting untuk saya kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di bumi ini.Mereka telah bekerja keras untuk adik-beradik saya bersekolah dan memberi kita makanan.Tetapi saya takut mahu memberitahu mereka masalah peribadi saya.

    Salam manis,Nur Shairah

    BalasPadam
  6. 1)Saya berasa Kawan itu amat penting.Kawan dapat menolong kami dengan masalah.Terutamanya masalah di sekolah kerana apabila saya mempunyai masalah dengan sesuatu mata pelajaran yang agak susah mereka akan menolong saya.Apabila saya berasa berasa sedih,mereka akan mendengar masalah saya dan cuba menolong,sekirannya tidak berjaya, mereka akan memberi saya nasihat.Kita harus pandai mencari kawan kerana kita boleh merosakkan kehidupan kita jika memilih kawan yang salah.

    2) Ya, keluarga saya lebih penting kerana mereka telah menjaga saya sejak bayi lagi dan mereka telah bekerja keras untuk memberi saya makan.Saya berasa amat berterima kasih kepada ayah saya kerana jika dia tidak bekerja keras seperti ini,kami tentu hidup kelaparan.Kini saya juga berasa serba salah apabila mahu menipu kepada mereka.saya akan selalu memberitahu mereka di mana saya berada kerana saya tidak mahu mereka bimbang.Saya juga berasa serba salah apabila saya mendengar kawan saya menipu kepada ibu bapa mereka semata-mata hendak keluar rumah.

    Nur farisha
    6commitment

    BalasPadam
  7. 1) Saya rasa kawan itu penting dalam hidup seharian saya kerana mereka menemani dan membantu kita dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, mereka juga memahami segala suka dan duka kita.

    2) Ya, keluarga lebih penting daripada kawan saya kerana kita dibimbing dan dijaga dengan sempurna sehingga sekarang. Walaupun kita sering menghabiskan waktu di sekolah dan kawan-kawanlah yang sering kita jumpa, ahli keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Terutama sekali untuk ibu saya yang telah mengorbankan sesetengah hidupnya untuk melahirkan saya dan adik-adik. Tanpanya, saya tidak akan melihat dunia yang indah ini.

    BalasPadam
  8. Saya rasa kawan itu mungkin penting dalam hidup seharian kita tetapi kita harus memilih kawan-kawan yang baik dan memahami diri kita.Namun saya lebih suka menceritakan segala masalah dan suka-duka dengan keluarga saya kerana merekalah yang tahu tentang perangai saya sejak saya dilahirkan dan saya lebih selesa berbual dengan mereka.

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas usaha kamu semua dan syabas kerana memberi maklum balas yang baik.

    BalasPadam