Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Ahad, 11 Julai 2010

Karangan .

Apa itu penulisan karangan kreatif?

Penulisan kreatif adalah keupayaan para pelajar untuk menulis sebuah karangan yang diberikan dengan daya pemikiran dan isi yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Oleh itu, para pelajar harus berupaya untuk membuat isi kandungan karangan mereka berlainan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga idea untuk keseluruhan tajuk karangan yang diberikan.

Oleh itu, untuk menunjukkan kelainan dari segi penulisan dan juga idea, para peljar harus berani untuk memilih tajuk karangan berbentuk naratif yang membolehkan mereka untuk berkarya dengan lebih terbuka lagi.Pelajar harus berani untuk tidak membuat karangan berbentuk gambar kerana ia akan menghalang daya kreativiti pelajar.

Apa itu kreativiti:

  • Meluaskan pandangan & berfikir serta melihat jauh melewati informasi & batas waktu yang diberi.
  • Berfikir dengan cara yang tersendiri tanpa di pengaruhi unsur luaran.
  • Melahirkan/mencipta sesuata yang unik & bersifat ORIGINAL!
  • Menyatukan sesuatu maklumat/perkara yang terpisah & tidak dapat diterima akal pada awalnya.
Bagaimana Menjana Daya Kreativiti Dalam Kehidupan & Pelajaran:

  • Berfikiran terbuka & unik (Orang selalu menganggap orang yang kreatif itu merepek atau mengarut!) Untuk mendapatkan pemikiran yang terbuka & kreatif kita tidak boleh stress.
  • Mesti bersikap POSITIF perkataan "tidak mungkin" tidak harus wujud dalam kmus insan yang berfikiran kreatif.

(Catatan Nota: Diambil dari kertas kerja Bengkel Karangan yang diadakan di Sekolah Xishan kelolalan Cikgu Mohd Rani)
- Nadia Bte Osman.

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih atas maklumat itu.Saya tidak tahu perkataan "tidak mungkin" ialah sesuatu perkataan yang tidak harus wujud dalam kamus insan yang berfikiran kreatif tetapi sekarang saya tahu saya ialah seorang pelajar yang tidak kreatif kerana saya selalu mengunakan perkataan "tidak mungkin" dalam hidup seharian saya.Saya akan cuba untuk tidak menggunakan perkataan "tidak mungkin" dalam hidup seharian saya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Nadia atas informasi itu. Sekarang saya telah tahu apa sebenarnya maksud kreativiti. Saya baharu tahu bahawa kita tidak boleh stres untuk mendapatkan pemikiran yang terbuka dan kreatif.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas maklumat ini.Saya akan mengunakan maklumat ini untuk karangan saya.

    BalasPadam
  6. Terima Kasih atas usaha kamu untuk memberi saya maklumat tersebut.Saya akan cuba mengunakan maklumat tersebut dalam karangan saya.Mungkin saya akan lulus atas usaha kamu.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas maklumat ini. Saya akan gunakannya untuk karangan saya. :D

    BalasPadam