Kawan-kawan , bagaimana ?
Seronok menyambut Hari Keharmonian ?
Saya rasa kawan-kawan pasti berasa gembira .
Saya telah memakai baju kebaya yang berwarna biru .
Terdapat banyak baju yang lain-lain lagi .
Jadi,baju tradisional apakah yang kawan-kawan paling suka sekali ?
Salam manis , Siti Aisyah
Ya, saya berasa sangat seronok menyambut Hari Keharmonian. Saya juga telah memakai baju kebaya yang berwarna biru yang kawan saya telah meminjamkannya. Di dalam kelas kita juga terdapat beberapa baju yang berwarna lain. Pada hemat saya, baju kebaya kerana ia cantik dipandang.
BalasPadamTerima kasih Syahidah kerana memberi pendapat awak (:
BalasPadambaju melayu.kerana baju nya agak lawa dan menarik.terdapat juga corak-corak yang lawa
BalasPadamYa,saya berasa seronok menyambut Hari Keharmonian.Saya telah memakai baju kurung yang berwarna merah jambu.Pada pendapat saya,baju korea yang kawan saya memakai itu sungguh cantik dan berwarna-warni.
BalasPadamBaju melayu kerana bajunya semua cantik warnanya dan corak-coraknya semuanya cantik.
BalasPadamainur rafiq 6creative
Walaupun saya berasa seronok menyambut Hari Keharmonian, saya berasa agak bosan kerana pada hari itu tidak ada apa-apa persembahan. Saya telah memakai baju kebaya putih bersama kainnya yang bercorak batik. Saya paling suka baju tradisional Melayu kerana boleh terdapat berbagai jenis potongan, corak dan warna, tidak seperti baju tradisional bangsa lain.
BalasPadamFarah Athirah
6Conscientious
Ya,saya berasa seronok sekali apabila menyambut Hari Keharmonian tersebut.Terdapat banyak baju melayu yang lawa.Saya suka memakai baju kurung dan baju kebaya kerana ada bermacam-macam warna yang saya suka.Pada hari itu saya memakai baju kebaya yang berwarna biru.Kawan-kawan saya memakai baju yang berwarna lain daripada saya.
BalasPadamDaripada:Nur Shairah
Hari Keharmonian ialah suatu hari yang amat menarik kerana kami dapat pelajari tentang bahasa dan budaya bangsa lain.Baju-baju yang berwarna-warni pun dapat kita lihat pada hari tersebut.
BalasPadamSaya amat seronak dapat meraikan hari keharmonian ini bersama-sama kawan saya,tetapi saya berasa sedih kerana tiada persembahan pada hari itu....
BalasPadam