Sekolah Rendah Xishan

Mari kita sama-sama melestarikan penggunaan Bahasa Melayu!

Khamis, 29 Julai 2010

Seerti/Seiras.

Berikan perkataan seeriti/seiras bagi perkataan di bawah.

1) membentangkan - ____________________
2) menyelinap____________________
3) pertembungan____________________
4) jeriji____________________
5) merancang ____________________
6) mempertingkatkan____________________
7) menampung____________________
8) dijalankan____________________
9) tinjauan____________________
10) ketara____________________

Kawan-kawan jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran untuk Lisan. Semoga berjaya ! :)


- Nadia 

Selasa, 27 Julai 2010

Pertandingan Bercerita P2

Salam sejahtera, murid darjah 2 telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita di Sekolah Rendah  Xishan .
Terdapat 5 buah sekolah yang telah mengambil bahagian.
Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim,Chongfu,Jiemin,Northland dan akhir sekali Sekolah Rendah Xishan .
Salah satu daripada ahli kumpulan blogger kami telah mengambil gambar iaitu Nur Amalia.
Mari kita lihat gambar-gambar yang telah dipetik oleh Nur Amalia.


Tahniah kepada Sekolah Rendah Northland (Johan) dan Jiemin (Naib Johan).
Walaupun Sekolah Rendah Xishan,Chongfu dan Ahmad Ibrahim tidak menang, mereka telah memberikan persembahan yang menarik hati para penonton..

Salam manis , Laporan daripada
 Nur Elena dan Siti Aisyah

Ahad, 25 Julai 2010

Kosa Kata

Berikan makna-makna perkataan tersebut.

  • Menghidu - ______________

  • Kerap - _________________


  • Menempuh - _____________


  • Keluh - _________________


  • Tambang - _______________
Pembelajaran Bahasa Melayu bertambah seronok dengan adanya pelbagai permainan yang dihasilkan oleh guru-guru kami.


Teater Dalam Pendidikan -  Persembahan Isanigami ( Teater Ekamatra) di The Black Box, Substation





Sabtu, 24 Julai 2010

Kosa Kata

Berikan jawapan untuk makna-makna tersebut.

1)Bersetuju dengan sesuatu pihak.

2)Melawat sambil belajar.

3)Menjadi hancur atau cair

4)Berasa aneh atau pelik

5)Jahitan yang diperbuat daripada benang

Salam manis:Elena

Jumaat, 23 Julai 2010

Hari Kehamonian Kaum

Kelas Melayu Nombor Satu di Darjah 6.


Kami bakal menduduki peperiksaan Prelim dan PSLE tidak lama lagi.


Biru Idaman Kalbu
(Dari kiri ke kanan) Syukreena, Syahidah, Shairah, Elena, Aisyah, Syafiqah, Meidina, Cikgu Saedah dan Azizul. 

Hitam dan Putih, Sentiasa Berseri
(Dari kiri ke kanan) Rafiq, Nadia, Farah, Zahirah, Amalia dan Cikgu Saedah.

Hijau, Seindah Duniawi
(Dari kiri ke kanan) Rohaidah, Farisha, Muslihah, Aqidah, Naziera dan Cikgu Saedah.


Merah dan Ungu, Anggun dan Ayu
(Dari kiri ke kanan) Azleen, Nadrah, Putri, Himayah, Adillah, Syifa, Ulfah, Sulaimi dan Cikgu Saedah.

Inilah gambar-gambar yang diambil semasa sekolah kami merayakan Hari Keharmonian. Saya berharap keharmonian kaum di Singapura dapat terpelihara dengan adanya hari istimewa ini.

Sekian sahaja :)
Laporan daripada
` Nadia .

Khamis, 22 Julai 2010

Kawan-kawan , bagaimana ?

Seronok menyambut Hari Keharmonian ?
Saya rasa kawan-kawan pasti berasa gembira .

Saya telah memakai baju kebaya yang berwarna biru .

Terdapat banyak baju yang lain-lain lagi .

Jadi,baju tradisional apakah yang kawan-kawan paling suka sekali ?

Salam manis , Siti Aisyah

Jumaat, 16 Julai 2010

Khamis, 15 Julai 2010

Pertandingan Idola di Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim


Kawan-kawan gambar ini merupakan budak-budak darjah satu yang mewakil sekolah kami ke Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim .
menyertai Pertandingan Idola .

Seklolah kami mendapat hadiah sagu hati . Mereka menyanyikan lagu Nenek, nenek..Buih Sabun dan Bintang Kecil!

Syabas, murid-murid darjah satu yang menyertai pertandingan tersebut !

Rabu, 14 Julai 2010

Rumah Terbuka Di Xishan

Pada hari Sabtu yang lepas,Sekolah Rendah Xishan mengadakan Rumah Terbuka.

Kawan-kawan pergi tidak ?

Jika tidak,kami telah mengambil gambar pada hari itu.

Marilah lihat!

 

Pameran hasil kerja murid-murid dan guru-guru kami.



Terdapat banyak permainan bahasa  yang kami siapkan untuk pengunjung.

 

Antara permainan tersebut ialah Penjodoh Bilangan.
Kita harus menyangkutkan gambar-gambar yang tersedia dan cuba meletakkannya pada penjodoh bilangan yang sesuai.




Di kantin kami pula,guru-guru Melayu menyediakan makanan dan minuman Melayu untuk dicuba.
Mereka menyediakan roti jala dan teh tarik.

Setiap pengunjung/tetamu boleh cuba untuk membuat Teh Tarik!


Kami juga mempunyai sekumpulan penari-penari Melayu di Xishan.

 
Lihatlah penari-penari tarian Melayu yang ayu dan anggun!

 Inilah persembahan mereka.
Mereka pernah menyertai SYF dan memenangi Pingat Emas!
Syabas !
Murid-murid dan guru-guru telah bertungkus-lumus untuk merancang Rumah Terbuka ini.
Kawan-kawan boleh melungsuri leleman web Facebook : Xishan Malay Darjah Enam untuk melihat lebih banyak gambar .

Lelaman Web : http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=100000578576030&ref=ts

Video Lagu Bulan Bahasa

Zaman Kecil , Zaman Manja !


Zaman Kecil , Zaman Manja !
Wah , kawan-kawan , lihat gambar yang di atas itu . Sungguh lucu dan comel ! 
Gambar ini menunjukkan situasi di dalam kelas pada tahun 2005 semasa kami berumur 7 tahun.  Masih ingat tidak ? Kami melukis bresama, bercerita bersama dan lain-lain. Kalian masih simpan gambar-gambar yang diberi oleh Cikgu Saedah semasa kami berada di Darjah 1 ? 

Semasa di perpustakaan. Tahun 2005.

Tahun 2007 , Darjah 3 .


Nur Amalia dan diri saya sendiri serta kawan-kawan yang lain, telah menyertai Peraduaan Bercerita di salah satu perpustakaan di Singapura. Walaupun tiada seseorangpun yang menang , kami tidak akan berputus asa. Saya berasa sangat seronok ketika bercerita di depan juri-juri tersebut.

Beberapa hari selepas Peraduan Cerita tersebut , guru-guru Melayu di sekolah kami mengadakan Perdauan Bercerita di sekolah. Nur Elena dan diri saya serta kawan-kawan yang lain mengikuti peraduaan tersebut. Lelaki yang berbaju coklat itu memengangi tempat pertama. Manakala saya memenangi tempat yang kedua. Saya berasa sangta bangga dan gembira.

Kawan-kawan boleh melungsuri leleman web Facebook : Xishan Malay Darjah Enam untuk melihat lebih banyak gambar . 

Kadang-kadang , saya ingin memutar waktu untuk merasai lagi zaman kecil , zaman manja ! :)

Salam Manis , 
Nadia Bte Osman .

Selasa, 13 Julai 2010

Antonim dan Sinonim.

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. ( Berlawan/Berpasang)

Seperti :-

  • Besar berlawan Kecil

  • Tinggi berlawan Rendah

  • Tebal berlawan Tipis

Sinonim ialah kata yang sama atau yang hampir sama maknanya dengan kata-kata yang lain. ( Seerti/Seiras)

Seperti :-

  • Cantik = Indah

  • Cepat = Pantas

  • Sejuk = Dingin
_________________________________________________________________________________

Antonim (Berlawan/Berpasang)





1a. Dahulu berlawan  _______________

2a. Belum berlawan   _______________

3a. Angkat berlawan _______________

4a. Benci berlawan   _______________


Sinonim (Seerti/Seiras)


1b. Adab bermakna _______________

2b. Duit bermakna _______________

3b. Faedah bermakna _______________

4b. Garing bermakna _______________



Selamat Bercuba !

Salam Manis,Nur Amalia.

Isnin, 12 Julai 2010

Peribahasa

Peribahasa

-Ada hati
-Putih hati
-Muka tembok
-Besar Hati

1)Azhar yang _______ meminta wang dari orang .

2)Min ialah seorang yang ________ .

3) Azli _______untuk menjadi seorang doktor .

4)Amin berasa ______kerana dia mendapat markah yang pernuh untuk ujian ilmu hisab .

Ahad, 11 Julai 2010

Karangan .

Apa itu penulisan karangan kreatif?

Penulisan kreatif adalah keupayaan para pelajar untuk menulis sebuah karangan yang diberikan dengan daya pemikiran dan isi yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Oleh itu, para pelajar harus berupaya untuk membuat isi kandungan karangan mereka berlainan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga idea untuk keseluruhan tajuk karangan yang diberikan.

Oleh itu, untuk menunjukkan kelainan dari segi penulisan dan juga idea, para peljar harus berani untuk memilih tajuk karangan berbentuk naratif yang membolehkan mereka untuk berkarya dengan lebih terbuka lagi.Pelajar harus berani untuk tidak membuat karangan berbentuk gambar kerana ia akan menghalang daya kreativiti pelajar.

Apa itu kreativiti:

  • Meluaskan pandangan & berfikir serta melihat jauh melewati informasi & batas waktu yang diberi.
  • Berfikir dengan cara yang tersendiri tanpa di pengaruhi unsur luaran.
  • Melahirkan/mencipta sesuata yang unik & bersifat ORIGINAL!
  • Menyatukan sesuatu maklumat/perkara yang terpisah & tidak dapat diterima akal pada awalnya.
Bagaimana Menjana Daya Kreativiti Dalam Kehidupan & Pelajaran:

  • Berfikiran terbuka & unik (Orang selalu menganggap orang yang kreatif itu merepek atau mengarut!) Untuk mendapatkan pemikiran yang terbuka & kreatif kita tidak boleh stress.
  • Mesti bersikap POSITIF perkataan "tidak mungkin" tidak harus wujud dalam kmus insan yang berfikiran kreatif.

(Catatan Nota: Diambil dari kertas kerja Bengkel Karangan yang diadakan di Sekolah Xishan kelolalan Cikgu Mohd Rani)
- Nadia Bte Osman.

Khamis, 8 Julai 2010

Siapakah lebih penting?

1)Berikan sebab kenapa kamu merasa bahawa kawan itu penting di dalam hidup seharian kamu.

2)Adakah keluarga lebih penting daripada kawan kamu?Mengapa?(Berikan 2 sebab)


Salam Manis:Elena

Selasa, 6 Julai 2010

Kata Hubung

Kata Hubung

kecuali,sambil,lalu,walaupun


1)_______letih,kerja itu diselesaikan oleh Min dengan segara.

2)Semua murid akan pergi ke Sentosa ________ Amir.

3)Zalifah bernyanyi _______menari.

4)Burung itu terbang ______hinggap di dahan pokok.

Isnin, 5 Julai 2010

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan sama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya.

Contohnya :-
Sebuku sabun

Sebilah pisau
Sekuntum bunga
Sebuah rumah

Sila menjawab soalan-soalan ini di tagboard yang disediakan.



1. Saya membawa se_______ payung kerana hari hujan.

2. Adi dan kawan-kawannya mencampak beberapa ________ batu ke arah siput itu.

3. Ayah membaca se_________ suratkhabar setiap hari.

4. Ibu menjahit baju dengan menggunakan beberapa __________ benang

Salam Manis,
Nur Amalia.

Ahad, 4 Julai 2010

Kata Nama Khas dan Kata Nama Am

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am digunakan untuk menyebut nama benda,haiwan dan tempat secara umum.
Contoh-contohnya:
1.buku
2.burung
3.doktor
4.klinik

Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda,haiwan,manusia dan tempat yang tertentu.Dalam tulisan,huruf pertama Kata Nama Khas mesti dieja dengan huruf besar.
Contoh-contohnya:
1.Liverpool
2.Sekolah Rendah Xishan
3.Korea
4.Singapura

(Catatan nota: Hasil karya peribadi Nur Elena 6 Determination)
Salam manis:Elena


Sabtu, 3 Julai 2010

Kata Pemeri 'ialah' dan 'adalah'

Teliti penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam setiap ayat tersebut.


1. Cikgu Nadia ialah seorang guru yang mengajar saya sejak Darjah satu.
2. Pembaca berita ialah orang yang akan menyebarkan berita melalui televisyen dan radio.
3.Sikap bekerja keras adalah penting untuk kejayaan.
4. Tugas guru adalah untuk mendapatkan berita.

Jawab jawaban-jawaban tersebut.

1. Pertandingan bola sepak tahun ini amat meriah dan ______ yang terbaik sejauh ini.
2. Kuala Lumpur _____ sebuah daerah yang terkenal di Malaysia.
3. Berita tentang penyakit Aman yang disebar oleh doktor ______ benar.
4. Ainaa mengatakan bahawa peluang anaknye memenangi pertandingan berjoget itu ______ cerah.
5. Ketua bagi kumpulan 'Pintar' _____ Amira.
6. Orang yang menyelamatkan nenek daripada banjir kilat _____ ayah.

Bagi kawan-kawan yang selalu menjawab soalan-soalan dengan tepat di blog kami akan mendapat sebuah hadiah.

- Nadia .

Teka-teki

Teka-teki .

Sesaat dia ada dua
Seminit dia tidak ada
Sejam dia ada satu
Sehari dia ada satu
Seminggu dia tidak ada
Sebulan dia ada satu
Apakah itu____________

Salam manis,Siti Aisyah

Jumaat, 2 Julai 2010

Dari dan daripada

Dari dan daripada .

Kawan-kawan,sila cuba dan jawab soalan-soalan tersebut .

Semoga berjaya !

1) Nadirah belajar ______ pagi hingga malam.

2)Sheerin berasal _______ negeri Kelantan.

3)Azim menerima surat __________kawannya.

4)Angin kencang itu bertiup ________ utara.

5)Tembikar itu dibuat ____________ tanah liat.

Salam Manis,Siti Aisyah

Khamis, 1 Julai 2010

Pantun Teka-Teki

Pantun Teka-Teki

Kawan-kawan,sila jawab teka-teki ini.
Jika kawan-kawan dapat menjawabnya dengan tepat,kawan-kawan boleh memenangi hadiah.
Sila tulis jawapan-jawapan kawan-kawan di tagboard yang tersediakan.
Siapa cepat,dia dapat!
Selamat mencuba !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tuan bawa keladi,
        Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bistari,
         Apa binatang tanduk di hidung?
Jawapan : __________________

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tuan muda teruna,
          Pakai seluar dengan gayanya;
Kalau tuan bijak laksana,
          Biji di luar apa buahnya?
Jawapan : __________________

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tuan pergi ke kedai,
          Belikan saya si gula batu;
Kalau tuan orang yang pandai,
          Apa binatang tulangnya satu?
Jawapan : __________________
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada ikan masak gulai,
       Bulan terang pagi hari;
Kalau tuan bijak pandai,
       Apa binatang keris di kaki?

Jawapan : __________________

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Teka-teki ini dipetik dari lelaman Cyber Riang Ria)
Salam Manis,Nur Amalia.